Pinjaman koperasi telah wujud hampir 20 tahun dahulu. Koperasi adalah dibawah penyeliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan objektif utama koperasi adalah untuk menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang kekurangan modal. Kebanyakan koperasi juga mengadakan fasiliti pinjaman kepada ahli mereka yang bekerja dengan kerajaan.

Pinjaman Coshare pula merupakan pinjaman yang paling baru. Ianya akan menjadi salah satu pinjaman yang begitu popular kerana payoutnya 100% dan kadar untungnya yang rendah.

Berikut adalah kesamaan pinjaman Coshare dengan pinjaman koperasi:

1) Hanya Kakitangan Kerajaan Layak

Peminjam Koperasi memang hanya untuk mereka yang bekerja dengan kerajaan atau badan berkanun. Setiap koperasi ada senarai majikan yang layak. Begitu juga dengan Coshare. Akan tetapi, oleh kerana Coshare masih baru, senarai majikan yang layak tidak sebanyak sesetengah koperasi.

2) Peminjam Blacklist (CTOS dan CCRIS) layak

Ramai peminjam yang gagal membuat pinjaman bank kerana blacklist meminjam daripada koperasi. Golongan blacklist sekarang ada pilihan baru kerana Coshare juga membenarkan peminjam blacklist. Akan tetapi, kedua-dua koperasi dan Coshare tidak menerima peminjam bankrap.

3) Potongan Gaji Majikan

Untuk pinjaman koperasi, ansuran dibayar melaui potongan biro angkasa setiap bulan. Seperti koperasi, ansuran pinjaman Coshare juga dibayar melalui potongan gaji majikan.

4) Overlap dibenarkan

Kedua-dua Coshare dan koperasi membenarkan peminjam membuat overlap pinjaman lama dari Bank, Koperasi dan MBSB

 Perbezaan Coshare dengan Koperasi

Terdapat beberapa ciri yang membezakan Coshare dengan Koperasi. Secara amnya, anda sebagai peminjam tidak perlu menjadi ahli dulu sebelum layak membuat pinjaman Coshare. Lain pula dengan koperasi dimana koperasi hanya memberi pinjaman kepada ahli. Jadi, peminjam jimat yuran keahlian dan caruman bulanan. Lebih maklumat mengenai perbandingan Coshare dengan Koperasi.